RSS

Madah Cinta untuk Allah

ir.luziaz Filed Under:



Suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa, mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah). Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih dan cinta kepada al-khaliq. Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka, pabila ditanya pendapatnya menngenai kecintaan kepada Allah,lelaki itu diam sejenak, pandangannya ditundukkan dan air matanya mula bergenang. Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya seraya bermadah dengan suara yang tersekat2 menahan sendu...

عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه

وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله

Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.

Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.

Maka bergenang air mata setiap yang hadir mendengar madah lelaki tadi. Hati mereka semakin cinta, sayang dan rindu untuk berjumpa Tuhan mereka. Lelaki itulah seorang pemuda yang terkenal dengan kezuhudannya, Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.


edit post

4 Responses to "Madah Cinta untuk Allah"

  1. suhailsufian Says:
  2. laju update tu :)
  3. ir.luziaz Says:
  4. laju juga komennye.
  5. Rahman D Says:
  6. ust izin amik ayat tulisan arab tu ye..apa2 pun terkesan dengan cerita nih
  7. ir.luziaz Says:
  8. silakan, sm2 cuba smpaikan. ana sndr pun terkesan ngn citer nih.

Post a Comment

Sama Melangkah