RSS

Update Fadhail Zulhijjah

ir.luziaz Filed Under:


Firman Allah swt dlm surah al-qadr:
"Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu sebulan" [al-Qadr:3]

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya pula meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Demikian 2 nas, satu dr al-Quran yang mulia , satu lg dr hadis Nabi saw yg suci, masing-masing menyebut mengenai kelebihan lailatul-qadr dan kelebihan hari Arafah.

Sbg muqadimah, sesungguhnya Allah swt telah memuliakan sebhgian makhluknya di atas sekalian yg lain dgn hikmah yg cukup tinggi. Demikian Allah menciptakan langit dan memuliakan langit yg ketujuh, Dia menciptakan bumi dan memuliakan Ummul Qura, Dia menciptakan malaikat-malaikat dan memuliakan Jibril as, Dia mengutuskan rasul-rasul dan memuliakan sebhgiannya di atas sekalian rasul yg lain, menciptakan bulan-bulan dan memuliakan Arba’atul-Hurum (4bulan haram) iaitu ZulQaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Dan demikian jugalah Allah swt memilih satu hari dari sekalian hari pada 4 bulan ini serta memuliakannya; antaranya 10 hari terawal dari Zulhijjah sbgmana firmanNya:

(وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ(2) وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ(3

“Demi waktu subuh (1) Demi hari yg sepuluh.(2)Demi yang genap dan yang ganjil (3)”
Ulama’ mufassirin mentafsirkan ‘waktu subuh’ sbg waktu subuh hari Qurban. ‘Hari yg sepuluh ‘ pula ditafsirkan sbg 10 hari terawal dr Zulhijjah. Sementara ‘yg genap dan yg ganjil’ merujuk pd hari-hari tasyriq.

Seorg sahabat ana bertanya, antara 10 hari terakhir Ramadhan dan 10 hari terawal Zulhijjah, agak-agaknya yg mana satu lg utama. Kedua-duanya punya kelebihan masing-masing yg telah disebut sendr oleh Allah swt.

Namun, berdasarkan kefahaman kita kpd nas-nas ini, sesungguhnya malam hari dr 10 hari Ramadhan itu adalah lebih utama berbanding mlm2 dr 10 awal Zulhijjah. Kerana padanya Allah janjikan malam al-Qadr yg fadhilatnya lebih baik dr seribu bulan.

Berlainan pula dgn waktu siangnya, sesungguhnya siang hari dr 10 awal Zulhijjah itu adalah lebih utama berbanding siang2 dr 10 akhir Ramadhan krn Allah telah menjanjikan kelebihan bg mereka yg berpuasa pd 9 Zulhijjah itu, diampunkan dosanya setahun yg lepas dan setahun yg mendatang. Wallahua’lam.

Jika al-Qadr itu dirahsiakan oleh Allah waktunya scr tepat, tetapi bg hari arafah, kita sama2 sudah maklum jatuh pada 9 Zulhijjah! Kelebihan jelas terbentang, apa lagi ditunggu ?!

Sedikit tmbhn mengenai amalan pd 10 hr terawal Zulhijjah, Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


edit post

0 Responses to "Update Fadhail Zulhijjah"

Post a Comment

Sama Melangkah