RSS

Monolog: Adhaku di Celah Bangunan Itu!

ir.luziaz Filed Under:


Seperti tahun2 sudah, adhaku sekali lagi di Mesir. Namun, kalau dulu bersama teman2, tahun ini, aku hanya berdua. Pagi2 lagi, hampir seluruh iskandariah gamat dgn laungn takbir tahmid. Kebetulan rumahku, hanya bersebelahan dgn masjid.

Selesai bersiap, atas desakan isteri, kami bergerak ke masjid yg agak jauh dr rumah. Katanya, masjid special di iskandariah.

Sampai di masjid, aku sedikit terpukau melihat lautan manusia di celah-celah deret2 bangunan. Bukan ke alex ni terkenal dgn masjid yg besar2? Mengapa di celah bangunan ini yg menjadi tarikan?

Dari jauh, diiringi laungan takbir, aku cuba menyelit di tengah2 ramai ke bhg hdpan. Ada sesuatu yg menarik perhatianku di sana.. gmbar 2 pedang dan senaskhah Quran di tengh2 kalimat al-islam hual hal (Islam itu Penyelesaian). Aku berjy berada 3 saf dr hdpn. 4-5 org berkot bertindak mengawal suasana dgn tag berlambang yg sama. Aku cuma tersenyum, dan slh seorg drnya membalas juga dgn senyuman. Dalam hati, aku bagai ingin menjerit; 'Ana minkum!'

Takbir terus bergema, namun sedikit berbeza, takbir di sini, diselang seli dgn tazkirah padat, mengingatkn infaq, pengorbanan dan keizzahan Islam.




Hampir setengh jam bertakbir, solat 'idiladha dimulakan. Berimamkn seorg berkelulusan phD syariah wal Qanun, juga Pengerusi sebuah syarikat, Dr Jamal Syaaban. Berlainan dgn kebiasaan imam yg berjubah dan berserban, Dr Jamal seperti petugas lain berkot dan bertali leher. Aku jd terigt kisah seorg imam yg juga khatib di Iraq suatu ketika yg tampil dgn berbaju tentera, membakar semangat di jiwa umat!


"Maka ketahuilah kaum kami bhw mereka lebih kami sayangi dari diri kami !"

Mood hari raya thn ni kurasakan sedikit berbeza, kalau selalunya kampung halaman yg bermain di fikiran, kali ini, ingatanku lebih pd al-Aqsa. Mungkin krn lambang Quran dan 2 pedang itu, ataupun mungkin kerana tempat solatku bersebelahan dgn Supermarket Al-Aqsa dgn gmbr kubbah as-sakhra terpampang di signboard nye...atau pun mungkin juga kerana khutbah raya oleh dr jamal, kalimah-kalimahnye disusn ringkas dan padat.


Bermula dgn isu-isu tempatan mesir, bola antara mesir dan jazair br2 ini, sisi tarbawi berkenaan virus influenza... kalimahnya kemudian menjunam pd isu umat seluruhnya, jiwa dan jasad umat yg dicarik-carik di Afghan, Iraq, Palestin dan di seluruh dunia. Fokusnya sudah tentu pd palestin dan ghazzah.


Dr Jamil Syaaban di atas mimbar berhias cantik!

Usai khutbah, dihidangkan pula dgn nasyid al-Aqsa yg begitu meruntun jiwa oleh anak-ank mesir yg selalu keluar di video di internet. Antara liriknya... Al-Aqsa demi Allah, kami tidak pernah lupakanmu!


Kemudiannya seorg cilik mengisi pentas, kusangka pasti ade persembahan khas. namun, rupanya si cilik td mencabut cabutan bertuah untuk jemaah yg hadir... Br kutahu rupanya kad kecil berwarna merah yg diedar sebelum solat rupanya nombor-nombor cabutan bertuah oleh penganjur... Begitu cantik cara mereka mendekati masyarakat!


Adha kali ini sememangnye amat berlainan dr tahun2 lepas... terima kasih pd isteriku! Pagi itu kami bersarapan nasi himpit dgn kuah lontong....


Adhaku di celah bangunan itu!


Kalau lembu dicucuk hidung, khoruf digantung kaki ! - selingan - =)


edit post

2 Responses to "Monolog: Adhaku di Celah Bangunan Itu!"

  1. suhailsufian Says:
  2. salam, sian zul berdua, terigt pula tahun lps, berada pada situasi yg sama dgn anta, blk rmh antara perkara pertama yg buat update blog!(patutla 'daaatang' rumah) sebijik!! tmpt yg sama dan masa yg sama cuma pelakon yg berbeza.

    apepun, selamat hari raya aidil adha :)
  3. ir.luziaz Says:
  4. salam. sori suhail, hr tu xsure nta start majlis kul brp, igt nk call, tp dh start duk dpn komputer, terlupa lak.. mutaassif giddan! pe pun, kullu sanah wa ntum 'indallahi aqrab wa akram wa atqa! demikian la cerita 1st raya di alex.

Post a Comment

Sama Melangkah