RSS

Monolog: Adhaku di Celah Bangunan Itu!

ir.luziaz Filed Under:

Seperti tahun2 sudah, adhaku sekali lagi di Mesir. Namun, kalau dulu bersama teman2, tahun ini, aku hanya berdua. Pagi2 lagi, hampir seluruh iskandariah gamat dgn laungn takbir tahmid. Kebetulan rumahku, hanya bersebelahan dgn masjid.

Selesai bersiap, atas desakan isteri, kami bergerak ke masjid yg agak jauh dr rumah. Katanya, masjid special di iskandariah.

Sampai di masjid, aku sedikit terpukau melihat lautan manusia di celah-celah deret2 bangunan. Bukan ke alex ni terkenal dgn masjid yg besar2? Mengapa di celah bangunan ini yg menjadi tarikan?

Dari jauh, diiringi laungan takbir, aku cuba menyelit di tengah2 ramai ke bhg hdpan. Ada sesuatu yg menarik perhatianku di sana.. gmbar 2 pedang dan senaskhah Quran di tengh2 kalimat al-islam hual hal (Islam itu Penyelesaian). Aku berjy berada 3 saf dr hdpn. 4-5 org berkot bertindak mengawal suasana dgn tag berlambang yg sama. Aku cuma tersenyum, dan slh seorg drnya membalas juga dgn senyuman. Dalam hati, aku bagai ingin menjerit; 'Ana minkum!'

Takbir terus bergema, namun sedikit berbeza, takbir di sini, diselang seli dgn tazkirah padat, mengingatkn infaq, pengorbanan dan keizzahan Islam.




Hampir setengh jam bertakbir, solat 'idiladha dimulakan. Berimamkn seorg berkelulusan phD syariah wal Qanun, juga Pengerusi sebuah syarikat, Dr Jamal Syaaban. Berlainan dgn kebiasaan imam yg berjubah dan berserban, Dr Jamal seperti petugas lain berkot dan bertali leher. Aku jd terigt kisah seorg imam yg juga khatib di Iraq suatu ketika yg tampil dgn berbaju tentera, membakar semangat di jiwa umat!


"Maka ketahuilah kaum kami bhw mereka lebih kami sayangi dari diri kami !"

Mood hari raya thn ni kurasakan sedikit berbeza, kalau selalunya kampung halaman yg bermain di fikiran, kali ini, ingatanku lebih pd al-Aqsa. Mungkin krn lambang Quran dan 2 pedang itu, ataupun mungkin kerana tempat solatku bersebelahan dgn Supermarket Al-Aqsa dgn gmbr kubbah as-sakhra terpampang di signboard nye...atau pun mungkin juga kerana khutbah raya oleh dr jamal, kalimah-kalimahnye disusn ringkas dan padat.


Bermula dgn isu-isu tempatan mesir, bola antara mesir dan jazair br2 ini, sisi tarbawi berkenaan virus influenza... kalimahnya kemudian menjunam pd isu umat seluruhnya, jiwa dan jasad umat yg dicarik-carik di Afghan, Iraq, Palestin dan di seluruh dunia. Fokusnya sudah tentu pd palestin dan ghazzah.


Dr Jamil Syaaban di atas mimbar berhias cantik!

Usai khutbah, dihidangkan pula dgn nasyid al-Aqsa yg begitu meruntun jiwa oleh anak-ank mesir yg selalu keluar di video di internet. Antara liriknya... Al-Aqsa demi Allah, kami tidak pernah lupakanmu!


Kemudiannya seorg cilik mengisi pentas, kusangka pasti ade persembahan khas. namun, rupanya si cilik td mencabut cabutan bertuah untuk jemaah yg hadir... Br kutahu rupanya kad kecil berwarna merah yg diedar sebelum solat rupanya nombor-nombor cabutan bertuah oleh penganjur... Begitu cantik cara mereka mendekati masyarakat!


Adha kali ini sememangnye amat berlainan dr tahun2 lepas... terima kasih pd isteriku! Pagi itu kami bersarapan nasi himpit dgn kuah lontong....


Adhaku di celah bangunan itu!


Kalau lembu dicucuk hidung, khoruf digantung kaki ! - selingan - =)


Read more...

edit post

Update Fadhail Zulhijjah

ir.luziaz Filed Under:

Firman Allah swt dlm surah al-qadr:
"Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu sebulan" [al-Qadr:3]

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya pula meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Demikian 2 nas, satu dr al-Quran yang mulia , satu lg dr hadis Nabi saw yg suci, masing-masing menyebut mengenai kelebihan lailatul-qadr dan kelebihan hari Arafah.

Sbg muqadimah, sesungguhnya Allah swt telah memuliakan sebhgian makhluknya di atas sekalian yg lain dgn hikmah yg cukup tinggi. Demikian Allah menciptakan langit dan memuliakan langit yg ketujuh, Dia menciptakan bumi dan memuliakan Ummul Qura, Dia menciptakan malaikat-malaikat dan memuliakan Jibril as, Dia mengutuskan rasul-rasul dan memuliakan sebhgiannya di atas sekalian rasul yg lain, menciptakan bulan-bulan dan memuliakan Arba’atul-Hurum (4bulan haram) iaitu ZulQaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Dan demikian jugalah Allah swt memilih satu hari dari sekalian hari pada 4 bulan ini serta memuliakannya; antaranya 10 hari terawal dari Zulhijjah sbgmana firmanNya:

(وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ(2) وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ(3

“Demi waktu subuh (1) Demi hari yg sepuluh.(2)Demi yang genap dan yang ganjil (3)”
Ulama’ mufassirin mentafsirkan ‘waktu subuh’ sbg waktu subuh hari Qurban. ‘Hari yg sepuluh ‘ pula ditafsirkan sbg 10 hari terawal dr Zulhijjah. Sementara ‘yg genap dan yg ganjil’ merujuk pd hari-hari tasyriq.

Seorg sahabat ana bertanya, antara 10 hari terakhir Ramadhan dan 10 hari terawal Zulhijjah, agak-agaknya yg mana satu lg utama. Kedua-duanya punya kelebihan masing-masing yg telah disebut sendr oleh Allah swt.

Namun, berdasarkan kefahaman kita kpd nas-nas ini, sesungguhnya malam hari dr 10 hari Ramadhan itu adalah lebih utama berbanding mlm2 dr 10 awal Zulhijjah. Kerana padanya Allah janjikan malam al-Qadr yg fadhilatnya lebih baik dr seribu bulan.

Berlainan pula dgn waktu siangnya, sesungguhnya siang hari dr 10 awal Zulhijjah itu adalah lebih utama berbanding siang2 dr 10 akhir Ramadhan krn Allah telah menjanjikan kelebihan bg mereka yg berpuasa pd 9 Zulhijjah itu, diampunkan dosanya setahun yg lepas dan setahun yg mendatang. Wallahua’lam.

Jika al-Qadr itu dirahsiakan oleh Allah waktunya scr tepat, tetapi bg hari arafah, kita sama2 sudah maklum jatuh pada 9 Zulhijjah! Kelebihan jelas terbentang, apa lagi ditunggu ?!

Sedikit tmbhn mengenai amalan pd 10 hr terawal Zulhijjah, Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Read more...

edit post

Rezeki kita di tanganNya

ir.luziaz Filed Under:


Segala puji dan syukur bg Allah swt pemilik segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat radhiaallahu anhum ajmaien, seterusnye bg mereka yg tetap berdakwah dgn dakwah Nabi saw sehingga hari Qiamat.

Kali ini, atas beberapa qadhiah yg berlaku di sekeliling, ana tertarik untuk mengupas tajuk tenangnya kita di atas rezeki kurniaan Ilahi. Perasaan tenang di atas rezeki Allah swt merupakan tsamarah atau buah dari keyakinan dan keimanan kita bhwsanya Allah itu jualah yg mengurniakn rezeki.

Hakikat ketenangan.

Setiap dr kita mengimpikan untuk mengecapi ketenangan. Lumrah bg manusia untuk merasa tenang bilamana di sisi anak-anak yg soleh solehah. Lumrah bg manusia untuk merasa tenang bila dpt bersenang-senang di rumah yg selesa. Lumrah juga bg manusia untuk merasa tenang jika stabilnya kewangan dgn rezeki yg melimpah ruah.

Namun ketahuilah hakikat ketenangan sebenar bukanlah dr setiap nikmat yg Allah anugerahkan, tetapi ketenangan itu dtg dr keimanan kita kpd Yang Maha Memberi segala nikmat td, iaitulah bila kita yakin bhwsanya setiap yg kita miliki di dunia ini adalah kurniaan Allah, bukan kerana semata-mata krn usaha kita sbg hamba. Dan kerana keyakinan itulah, kita tidak akan berputus asa sekiranya suatu masa nikmat-nikmat td hilang dr kita.

Ketenangan itu sifatnya bagi hati. Allah swt menjelaskan kita hakikat ini dalam firmanNya yang bermaksud:
" Ketahuilah dgn mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang,”

Demikian Allah menasabkan perasaan tenang itu kepada hati. Dan hati itu tidak selamanya akan tenang melainkan dgn keimanan dan keyakinan kita kpd Allah, bukan dgn nikmat materil.

Allah Jua Yang Memberi

Suatu hari ruh al-qudus, Jibril as berkata kpd Nabi saw:

إنه لن تموت نفس حتى تستوفي اجلها
Dan dalam riwayat yg lain حتى تستوفي رزقها

Maksudnya: Tidak akan mati seseorg itu sehingga telah sempurna ajalnya(ketetapannya), dan dlm riwayat yg lain , sehingga telah sempurna rezekinya.

Dan kerana itulah, selagimana kita bernafas, yakinlah di luar sana masih ade rezeki yg telah tertulis (ditetapkan) utk kita. Maka tetaplah berusaha.

Begitu juga firman Allah dlm surah Hud ayat 6:
“Dan tidak ada yg bergerak di bumi dan dan di langit, melainkan Allah telah menjamin bgnya rezeki, dan Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, kesemuanya telah tertulis di dlm kitab yg nyata (Luh Mahfuz).”

Sebhgn ulamak mufassirin mentafsirkan ‘tempat kediaman’ sbg dunia dan ‘tempat penyimpanan’ sbg akhirat.

Dan dalam ayat yg lain, sbg penguat kepada hakikat bhwsanya rezeki itu berada di tgn Tuhan, Allah berfirman:
“Dan di langitlah (sebab2) rezekimu dan apa yg dijanjikan bg kamu.” [ad-dzariyaat:22]

Maka sekiranya rezeki itu berada dilangit, bagaimana mungkin kita yang di bumi mampu mengatur urusannya. Sudah tentu Yang Menguasai langit itulah yg mengurus dan mengatur urusan rezeki.

Hikmah rezeki di tangan-Nya.

1. Sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi setiap hambanya yg kufur atau yg beriman, yang ingat atau yang lupa dan yang taat atau yang engkar. Maka setiap hambanya itu telah ditetapkan rezeki bgnya pastinya bersesuaian dgn usaha yang dilakukan.

Bayangkan kalaulah urusan rezeki itu di tangan manusia, maka akan berlakulah di sana kezaliman dan ketidakadilan.

2. Begitu juga antara hikmah lain, seorg yg benar-benar yakin bhw rezki itu di tgn Allah, dia akan merasakan bhw setiap yg dimilikinya bukanlah hasil usahanya melainkan milik Allah jua yg mengurniakan rezki pdnya. Maka, akan terbebaslah jiwa manusia itu dari sifat bakhil dan syuh.

Firman Allah yg maksudnya:
‘Dan barangsiapa yg menjaga dirinya dr kekikiran mereka itulah org yg beruntung.’[59:9]

3. Dan dgn keyakinan ini juga, akan hilang rasa takut sesama hamba, dan lahirlah peribadi yg berani berkata benar di hdpan sultan yg zalim sbgmana firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 9.

Pesanan dr mereka yg tenang...

Hassan Basri Rahimallahu alaih ketika ditanya ttg ketenangan dan khudhu’ dirinya menjawab:
 Aku tahu (yakin) jika rezeki itu sudah tertulis untukku, maka org lain xkn dpt merampasnya, maka hati akan tenang,
 Aku tahu (yakin) pekerjaanku takkan disempurnakan oleh org lain, maka aku bersungguh padanya,
 Aku tahu (yakin) Allah memerhatikanku, maka aku malu Allah melihatku dlm maksiat,
 Aku tahu (yakin) mati itu pasti, maka aku persiapkan diriku untuknya.

Penutup

Sahabat sekalian,

Hakikat keyakinan ini bukanlah suatu yg retorik. Bahkan keyakinan ini telah mendasar dlm hati para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’ien dan terzahir sudah dlm seerah kehidupan mereka.

Lihat saja kisah para muhajirin yg sebhgian besarnya apabila mendapat perintah untuk berhijrah ke Madinah, mereka terus berhijrah dgn meninggalkan rumah dan harta mereka di kota Mekah. Mereka benar-benar yakin dgn janji Allah dan bhwsanya rezeki itu adalah di tanganNya jua.

Begitu juga kisah Umar ra dan Abu Bakar ra yg berlumba-lumba dalam infaq menjadi bukti manisnya tsamarah atau buah dari keimanan dan keyakinan ini. Abu Bakar ra yg telah menginfaqkan seluruh hartanya untuk Islam apabila ditanya apa yang ditinggalkan untuk isteri dan anak-anaknya, beliau pantas menjawab:

“Cukuplah Allah dan RasulNya untuk mereka”.

Maka, tenang dan berusahalah.


Read more...

edit post

Serikan lagi Zulhijjah dalam suasana ibadah !

ir.luziaz Filed Under:


atau layari ISMA Mesir.com
Read more...

edit post

10 awal Zulhijjah kembali menjengah

ir.luziaz Filed Under:

Apa khabar sekalian banyak perindu syurga? Masih lagikah mencari-cari peluang ganjaran gandaan kebaikan? Atau sudah diam selepas sebulan berhempas pulas dalam ramadhan? Tidak mahukah gandakan lagi kebaikan?

Dari Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:
(( Tiada hari yg lebih baik amalan kebaikan padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini )): iaitulah 10 hari awal bulan Zulhijjah. Mereka bertanya: Ya rasulullah, tidak juga Jihad di jalan Allah swt? Nabi menjawab , (( Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorg lelaki keluar (utk berjihad) dengan dirinya dan seluruh hartanya sendiri kemudian dia tidak kembali dengan sesuatupun dari kedua-duanya)). –hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud dan Ibn Majah dan at-tobrani.

Nah, xcukup hebatkah tawaran ini? Perkiraan nabi yang bersandarkan wahyu, melihat tiada di sana amalan yang lebih baik ganjarannya sepjg tahun melainkan amalan yang dilakukan pada 10 hari dari Zulhijjah.

Kita maklum sudah dari ilmu syarak, sesungguhnya setiap amalan soleh itu akan diganjari 10 gandaan kebaikan. Dan setiap amalan fardhu yg dilakukan akan digandakan ganjarannya 70 berbanding amalan sunat. Bahkan kefardhuan jihad pula diganjari bermula 700 kali gandaan kebaikan. Begitu juga amalan kebaikan di bulan ramadhan digandakan ganjarannya sehingga 70 kali kebaikan. Adapun amal kebaikan pada 10 hari di bulan Zulhijjah ini, menurut hadis di atas adalah lebih baik dari amalan kebaikan pd bulan Ramadhan dan adalah juga lebih baik dari ganjaran jihad di jalan Allah…. Maka hitung-hitungkanlah betapa besar ganjaran untuk amalan pada 10 hari dari Zulhijjah ini !!

Kalaulah ramadhan ditunggu-tunggu kerana 10 malam terakhir nye, maka Zulhijjah lebih utama untuk dirindui kerana 10 hari terawal darinya. Kalaulah di 10 malam akhir ramadhan kita berpeluang mendapat kelebihan malam seribu bulan, lailah al-qadr, maka pada Zulhijjah kita berpeluang mendpt 10 malam yang lebih baik dari seribu bulan !!
Dari Abi Hurairah RA, dari Nabi SAW, sabdanya: (( Tiada hari yang lebih disukai oleh Allah untuk kita beribadat padanya dari 10 hari dr Zulhijjah, menyamai puasa di setiap harinya dengan puasa selama setahun, dan menyamai qiamullail pada setiap malamnya dengan qiam lailatul qadr. )) – hadis riwayat at-tirmidzi dan ibnu majah dan al-Baihaqi.

So, to all my brethren, lets not take this for granted !!

Sumber: Kutaib Fadhail al-asyr min zilhijjah wa ahkam al-adhhiah [Muhamad Husin]

related topic recommended to be read:
Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah [inijalanku.wordpress.com]
Read more...

edit post

Kami selepas 4 bulan 20hari

ir.luziaz Filed Under:

Sedikit lega selepas selesai membersihkan sedikit sebanyak sawang-sawang pada laman sesawang (baca:website) ni. Harapnye lepas ni xde lg lelabah yg sempat buat sesawang pada nye…

Sebenarnye, sudah agak lama tersimpan niat nk menulis entri pasal kehidupan baru selepas ‘hari itu’. Pun dah ramai kawan2 lama mendesak nk tau khabar. Pastinye banyak yang berbeza. Ada suka, pastinya ada duka. Macam juga ada manis, ada juga pahitnya. Tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak, manis ke pahit ke masin ke, masing2 ade saham dalam mewarnai pelangi hidup berdua.

Bagi sahabat2 yg belum terima berita, Alhamdulillah diri ni sekarang dh berpunya, selamat diijab qabulkan dengan pasangan tercinta, Nurul Fahimah bt Muda. 25hb6 menjadi saksi bertautnya dua jiwa, insyaAllah atas kitabullah dan sunnah Rasul yg mulia.

Walaupun dah agak terlambat, jutaan dan ribuan penghargaan buat sahabat2, teman2, ikhwah2 yang bertungkus lumus pada majlis akad hr tu. Jasa dan penat lelah antum, Allah jua yg dapat membalasnye dgn kebaikan-kebaikan di sini dan di sana. Juga pada tetamu yg dtg turut sama menyeri, terima kasih dan doa antum sentiasa kami harapkan untuk terus melangkah.

Pada kedua-dua keluarga tercinta, juga terima kasih atas kepercayaan yg diberi untuk kami melangkah berdua. Restu dan doa antum semoga memantapkan lagi langkah2 ini.

Terkini, kami sekarang tinggal di Masakin Uthman, Mandarah, Iskandariah. Pada sahabat2 yg berkesempatan, jemput la dtg berziarah.

Setakat ini dulu. Asyrikna fi duaikum daiman.. Sertakan kami dlm doa antum selalu.
Ni sedikit gmbr pd majlis akad, bg sahabat2 yg xberkesempatan bersama…



Read more...

edit post

Sama Melangkah