RSS

istiqamah

ir.luziaz Filed Under:

Tajuk post kali ini agak kontra dengan blog yang lama sekali tak diupdate ni.. semoga tajuk ni dpt menyentak kembali ghairah penulis dalam berkongsi dan konsisten.

Kekangan masa! Mungkin itu alasan pertama yang diberi jika diminta. Tapi, malulah diri kalau masih tak mampu menyusun masa sedang tanggungjawab di bahu ini baru sekelumit cuma. Kita tinggalkn dulu persoalan alasan.. sememangnya manusia cukup gemar memberi alasan tapi alangkah baiknya kalau yang dicari itu penyelesaian. NOKTAH!

Berbalik pada tajuk, ISTIQAMAH atau bhs mudahnye berterusan aka konsisten dalam amal kebaikan adalah suatu yg sebenarnya semakin hilang dalam sebahagian umat. Mungkin ramai dari sahabat di luar sana mampu bersedekah, berpuasa atau lebih hebat boleh bersolat jemaah 5 kali di masjid! Namun, berapa kerat dari kita yang mampu utk melaksanakan amal ini secara berterusan?

Dalam suatu hadis sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Sufyan bin Abdullah As-Thaqfi RA: “Aku berkata kepada Rasulullah saw, Katakanlah kepadaku suatu perkara ttg Islam yang aku tidak akan bertanya orang lain selain engkau tentangnya. Maka sabda Nabi:
(( Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah)).

Istiqamah dalam hadis ini meliputi 2 komponen utama iaitulah;

1) Istiqamah Hati
Apabila hati seorang hamba itu senantiasa istiqamah atau berterusan dalam mengenal & mengingati Allah, takut padaNya, sentiasa dalam perasaan kasih pada Allah, berhajat dan berdoa kepadaNya dan berterusan juga dalam tawakal, maka keseluruhan anggota yang lainnya akan mampu untuk turut istiqamah dalam amal kebaikan.

Sebagaimana sabda nabi yang masyhur, yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim:
(( Ketahuilah pada jasad itu ada segumpal darah, jika baik ia, maka baiklah keseluruhan jasad, dan jika buruk ia maka buruklah keseluruhan jasad itu, dan ketahuilah ia adalah HATI )).

2) Istiqamah Lisan
Komponen kedua yang paling utama selepas hati adalah LISAN, dan istiqamah lisan merupakan terjemahan kepada istiqamahnya hati.

Istiqamah lisan adalah dalam ertikata kita menjaga lidah kita dari mengucapkan sesuatu yang buruk seperti mengumpat, mengeji, mengata, mengadu domba dan tidak terkecuali berkata dusta. Sebaliknya, sifat mukmin dalam berkata-kata itu sebagaimana mafhum suatu hadis,” … jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Qiamat, maka berkatalah suatu yang baik atau diamlah”.

Dalam persoalan istiqamah, Nabi SAW bersabda perihal hati yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: (( Tidak akan istiqamah iman seorang hamba itu sehinggalah hatinya istiqamah, dan tidak akan istiqamah hatinya sehinggalah lisannya istiqamah )).

Dan dari 2 komponen istiqamah tadi dapat kita lihat secara praktikalnya 2 cara untuk kita istiqamah dalam amal kebaikan:

1. Sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan dgn cara kita berzikir padanya dan melazimi memperbaharui niat dalam suatu amalan hanyasanya kerana Allah dan ikhlas padanya.

2. Tidak mengucapkan suatu perkataan melainkan ianya membawa kebaikan. – elakkn bersembang perkara2 yang sia-sia.

Dan semoga digolongkan dalam golongan yang disebut dalam ayat 30 surah Fussilat:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ


edit post

4 Responses to "istiqamah"

  1. thaaqhib Says:
  2. uh~
  3. harumankasturi88.. Says:
  4. sama2 kita mengambil pengajaran & sama2 kita praktikkan....
  5. Ajie N9 Says:
  6. Salam, po kaba akh? Lamo tk dgr citer. Ngapa tak promote web ni? Dengan penuh rasa kerendahan, ana mempelawa menjenguk blog pening ana. Hari ni baru start. Cuba2 je bro. Jgn lupo buat pautan skali.Bgtau org2 kg, mama2 dan ammu2 kt Ashir tu yo. Komen skali.
    http://tintataghyir.wordpress.com
    Ajie N9
  7. luziaz Says:
  8. mashaAllah.. hebat2 org nogori sekarang yo.. tinta taghyir lagi.. iyo la, nanti eden tolong promotkan yo...

Post a Comment

Sama Melangkah