RSS

gaza selepas cast lead

ir.luziaz Filed Under:


Sudah hampir sebulan operasi Cast Lead oleh Yahudi Zionis di Genting Gaza berakhir. Mungkin ramai di antara 'kita yg prihatin' dgn isu ini beranggapan kita sudah boleh menarik nafas lega. Mungkin beranggapan krisis kemanusiaan di sana sudah beransur pulih... mungkin beranggapan tiada lagi bunyi siren ambulans menggamatkan suasana.. mungkin beranggapan tiada lagi si anak yang kehilangan ayah ibu tercinta atau saudara mara tempat berkongsi duka ataupun mungkin ada yang beranggapan segala derma yang diinfaqkn ke sana oleh 'kita yang prihatin' ini sudah memadam lenyap segala kesulitan mereka. beras dan tepung itu pasti sudah menutup mulut si anak yang menangis kelaparan, sambil mereka berhangat-hangat di bawah selimut-selimut tebal itu.

Mungkin dan alangkah baiknya kalau segala yang mungkin tadi suatu yang nyata. Justeru, ramai sudah dari 'kita yang prihatin' tadi kembali dengan rutin lama, bersenang-senang dgn anak-anak, kembali dengan sembang di kedai-kedai kopi, atau kembali sibuk dengan urusan kerja... tanpa sedetik pun masa kita untuk mereka di sana.

harapnya, 2 klip video 6 minit ini dpt membuka kembali mata kita bahawa usaha kita masih belum berakhir. ketahuilah sebhgian besar bhn makanan dan pelbagai derma lain hanya mampu sampai di Arish, satu-satunya bandar bersempadan dengan Gaza secara terus tnpa melalui kawasan Israel. Berwajib mesir begitu keras hatinya untuk membuka sempadan.





Justeru, teruskan usaha kita untuk membantu mereka di sana bersesuaian dengan apa yang ada pada setiap dari kita. Dan pastinya setiap dari kita punya sesuatu untuk mereka, paling kurang luangkan waktu, tadahkan tangan dan berdoalah.


edit post

0 Responses to "gaza selepas cast lead"

Post a Comment

Sama Melangkah