RSS

gaza selepas cast lead

ir.luziaz Filed Under:

Sudah hampir sebulan operasi Cast Lead oleh Yahudi Zionis di Genting Gaza berakhir. Mungkin ramai di antara 'kita yg prihatin' dgn isu ini beranggapan kita sudah boleh menarik nafas lega. Mungkin beranggapan krisis kemanusiaan di sana sudah beransur pulih... mungkin beranggapan tiada lagi bunyi siren ambulans menggamatkan suasana.. mungkin beranggapan tiada lagi si anak yang kehilangan ayah ibu tercinta atau saudara mara tempat berkongsi duka ataupun mungkin ada yang beranggapan segala derma yang diinfaqkn ke sana oleh 'kita yang prihatin' ini sudah memadam lenyap segala kesulitan mereka. beras dan tepung itu pasti sudah menutup mulut si anak yang menangis kelaparan, sambil mereka berhangat-hangat di bawah selimut-selimut tebal itu.

Mungkin dan alangkah baiknya kalau segala yang mungkin tadi suatu yang nyata. Justeru, ramai sudah dari 'kita yang prihatin' tadi kembali dengan rutin lama, bersenang-senang dgn anak-anak, kembali dengan sembang di kedai-kedai kopi, atau kembali sibuk dengan urusan kerja... tanpa sedetik pun masa kita untuk mereka di sana.

harapnya, 2 klip video 6 minit ini dpt membuka kembali mata kita bahawa usaha kita masih belum berakhir. ketahuilah sebhgian besar bhn makanan dan pelbagai derma lain hanya mampu sampai di Arish, satu-satunya bandar bersempadan dengan Gaza secara terus tnpa melalui kawasan Israel. Berwajib mesir begitu keras hatinya untuk membuka sempadan.





Justeru, teruskan usaha kita untuk membantu mereka di sana bersesuaian dengan apa yang ada pada setiap dari kita. Dan pastinya setiap dari kita punya sesuatu untuk mereka, paling kurang luangkan waktu, tadahkan tangan dan berdoalah.

Read more...

edit post

khas buat my third niece... alfun mabrouk!

ir.luziaz Filed Under:


الله أكبر ولله الحمد ,
الحَمْد لله ثم الحمد لله ثم الحمد لله...

اللهمَّ احْفِظْ بِنْت أخِي كَمَا حَفَظْتَ القرآن الكريم
اللَّهُمَّ صَوِّرْها صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَها إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِك.

اللَّهُمَّ اجْعَلْها صَحِيْحةً كَامِلةً وَعَاقِلةً حَاذِقًةً وعَالِـمةً عَامِلةً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَها وَصَحِّحْ جَسَدَها وَحَسِّنْ خَلْقَها وَأفْصِحْ لِسَانَها وَأحْسِنْ صَوْتَها لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ.
وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.



Read more...

edit post

berjalan... bertahan...

ir.luziaz Filed Under:

Jalan itu jelas,
namun menyulusurinya, aku tak pantas.

jauh jalan, sedikit menggugat azam,
kerikil tajam menikam-nikam,
telapak kaki merintih pedih,
terus bertahan...

aku masih berjalan,
perlahan-lahan,
berlari? takut terus terhenti.

ramai orang kurasa asing,
sinis pandangan,
tajam lidah tidak bertulang,
mata cuba kupejamkan,
telinga cuba kupekakkan.

sedang terus berjalan...
hati tiba berbisik,
untuk apa terus berjalan?
lebih enak kau duduk diam.

sabarlah hati,
enak kita bukan di sini,
enak kita berjumpa Ilahi.

Ya Tuhan...
Tetapkan kaki ini terus berjalan.

Read more...

edit post

mau musafir enggak?

ir.luziaz Filed Under:

Mari kita duduk sebentar dan beriman sejenak…
Bayangkan suatu hari kita bermusafir, perjalanan yang cukup panjang, merentas samudera luas atau padang pasir yang panas… bayangkan… persoalan pertama yg pastinya terlintas;

“cukup ke bekal kita ni?”

atau,

“nanti ade kedai x kat tepi2 jalan?”

ataupun paling kurang…

“insyaAllah nnt ade la insan baik hati bg mkan barang semulut dua…”.

Demikian halnya musafir kita di dunia, dan demikian juga lah perjalanan kita di jalan ini (baca: jalan dakwah), perjalanan yang jauh lebih panjang dari mana2 perjalanan…. yg akan kita hbiskan seumur hayat kita padanya… yang padanya akan kita hadapi pelbagai mehnah, tribulasi, rintangan, duri dan onak. Kesemuanya itu akan menguji thabatnya kita (baca;konsisten) padanya.

Terigt pesan Ar-Rasul (saw) suatu hari pada Abu Dzar,

Maksudnya; “Jika kamu ingin bermusafir, adakah kamu akan persiapkan bekalan? Maka jawab Abu Dzar; Ya! Sambung baginda lagi; Justeru, bagaimana dgn musafir kamu menuju Qiamat? Mahukah kamu aku khabarkan apa yg bermanfaat bagimu pada hari itu? Sudah tentu!, sambut Abu Dzar. Maka sabda baginda:

1- Berpuasalah di hari yang terik panasnya untuk Hari Kebangkitan
2- Bersolatlah 2 rakaat di tengah gelap malam untuk sunyinya kubur.
3- Laksanakanlah Haji untuk urusan yang agung.
4- Bersedekahlah pada si miskin.
5- Katakanlah perkataan yang benar
6- Diamlah dari perkataan yang keji.”

Kalau diperhatikan, 3 bekalan pertama berhubung kait dengan mujahadah nafs (baca;melawan nafsu) serta penyucian jiwa atau lebih tepat disebut pembinaan iman sedang wasiat yg seterusnya merupakan terjemahan atau manifestasi iman yg kukuh terbina.

Maka bagi mereka yg ingin berjalan di jalan ini, jalan yang padanya berjalan para sahabat serta baginda sendiri, selawat dan salam ke atasnya, kerahlah dirimu dan paksalah nafsumu dengn 6 bekalan ini.

Beringatlah, tersadungnya kita atau tersesatnya kita di jalan ini kerana kurgnya bekalan kita untuknya. Bahkan Nabi (saw) sendiri sebelum ruh Qudus (baca;Jibril as) itu menyampaikan amanah tabligh padanya, baginda disuruh mempersiapkn diri lewat firman Allah dlm surah al-Muzammil seawal ayat pertama yang mafhumnya;

[Wahai org yang berselimut (Muhammad)! Dirikanlah malam walaupun sebentar. Separuh darinya atau kurang dari itu. Atau tambahkan padanya dan bacalah Quran dgn perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu amanah yg berat (amanah risalah Islam).]

Kalau demikian halnya bagi baginda yang terpuji sifatnya, maka lebih2 lagilah kita!

p/s; Diolah dan diringkas dari tajuk Bekalan Para Duat buku Qawaribun Najah
tulisan
Ustaz Fathi Yakan

Read more...

edit post

berubah utk merubah

ir.luziaz Filed Under:

Segala syukur dan puji kepada Allah jua, Yang lebih berhak ke atas keduanya dari sekelian yg lainnya, yang telah mengurniakan bg manusia itu salah dua antara sekelian nikmat; ILMU dan Iradat (baca:kemahuan). Semoga kita sama2 dikurniakn ilmu tentang amal beserta dgn kemahuan utk beramal. Semoga...

Membaca blog sahabat-sahabat dan para murabbi, menolak diri utk turut berkongsi, atau mungkin lebih dari sekadar berkongsi... "tapi kamu tidak punya bakat!"sahut diri. Kata mereka, bakat anugerah yang dilatih... itu kata mereka dan ada benarnya. Maka jari ini menari-nari...

kebetuln atau ketentuan, saat penulis mula berkongsi, situasi di seberang sana kian meruncing... keturunan kera dan khinzir itu semakin berani! tanah yang tinggal sekangkang itu terus hebat diasak. namun, barisan hadapan Islam itu terus bertahan dan akan terus bertahan, begitu mafhum sabda Ar-Rasul yang mulia, selawat dan salam ke atasnya.

Namun, di tanahair sana, lain pula halnya. Keadilan cuba diraih, namun tak mampu bertahan lama, lantaran yang mendokong tak punya prinsip, terlompat-lompat!

2 situasi yang sama namun respon yang berbeza, di mana bezanya? dua-dua inginkan keadilan, dua-dua juga ingin bngunkan Islam. Tapi di Gaza, mereka masih mampu bertahan dan rakyat tetap bersama ketika si laknat itu terus mengasak. natijahnya? puluhan ribu para syuhada' menjadi bukti utuhnya prinsip. Di tanahair? bertahan juga, tp cuma sebentar. Prinsip begitu mudah ditukar ganti...

Yakinlah, perubahan itu perlu dari dalam diri. di Gaza, HAMAS bermula dengan memasyarakatkan prinsip perjuangan. Setiap batang tubuh dalam masyarakt dipersiapkan kerana jalan merubah itu panjang. Tiada guna laungan inginkn ISLAM kalau anak-anak muda masih sibuk dgn hiburan; merempit siang dan malam, bertukr-tukar pasangn malahan berkongsi jarum suntikan.

Bermulalah dengan diri utk melakukan perubahan.

Read more...

edit post

insan dan tulisan

ir.luziaz Filed Under:

kami menulis, dia menulis dan mereka juga menulis..
sudah ramai mahu menulis nampaknya, berkongsi mungkin?
baguslah.. sekurang-kurangnya.. idea itu tak hanya beku di kepala...
ataupun kadang-kadang mungkin juga bisa dielak tekanan jiwa..
ya, lepaskan... segala yang terbeku..

namun, perlu juga diingat,,
terkadang dlm byk nya faedah dari tulisan,,
terselit jugak secebis dua dhorornya..
ya, terpulang...
pada tangan yang menulis,
atau mata yang membaca..
atau yang lebih penting akal yang mentafsir.

dengan tulisan, maklumat diberi dan diterima,
dengan tulisan juga idea boleh berkembang.
bahkan, indah islam juga dapat mereka rasa,
tapi dengannya juga, fitnah boleh tersebar.
kata Tuhan:[Fitnah itu lagi besar dr membunuh].
itu kata Tuhan,, kata mereka?
sshh.. diam2 saja.

dan kerana itu,
atau sebahagian itu...
maka saya menulis.

Read more...

edit post

Sama Melangkah