0
comments

Dari Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:
(( Tiada hari yg lebih baik amalan kebaikan padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini )): iaitulah 10 hari awal bulan Zulhijjah. Mereka bertanya: Ya rasulullah, tidak juga Jihad di jalan Allah swt? Nabi menjawab , (( Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorg lelaki keluar (utk berjihad) dengan dirinya dan seluruh hartanya sendiri kemudian dia tidak kembali dengan sesuatupun dari kedua-duanya)). –hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud dan Ibn Majah dan at-tobrani.
Nah, xcukup hebatkah tawaran ini? Perkiraan nabi yang bersandarkan wahyu, melihat tiada di sana amalan yang lebih baik ganjarannya sepjg tahun melainkan amalan yang dilakukan pada 10 hari dari Zulhijjah.
Kita maklum sudah dari ilmu syarak, sesungguhnya setiap amalan soleh itu akan diganjari 10 gandaan kebaikan. Dan setiap amalan fardhu yg dilakukan akan digandakan ganjarannya 70 berbanding amalan sunat. Bahkan kefardhuan jihad pula diganjari bermula 700 kali gandaan kebaikan. Begitu juga amalan kebaikan di bulan ramadhan digandakan ganjarannya sehingga 70 kali kebaikan. Adapun amal kebaikan pada 10 hari di bulan Zulhijjah ini, menurut hadis di atas adalah lebih baik dari amalan kebaikan pd bulan Ramadhan dan adalah juga lebih baik dari ganjaran jihad di jalan Allah…. Maka hitung-hitungkanlah betapa besar ganjaran untuk amalan pada 10 hari dari Zulhijjah ini !!
Kalaulah ramadhan ditunggu-tunggu kerana 10 malam terakhir nye, maka Zulhijjah lebih utama untuk dirindui kerana 10 hari terawal darinya. Kalaulah di 10 malam akhir ramadhan kita berpeluang mendapat kelebihan malam seribu bulan, lailah al-qadr, maka pada Zulhijjah kita berpeluang mendpt 10 malam yang lebih baik dari seribu bulan !!
Dari Abi Hurairah RA, dari Nabi SAW, sabdanya: (( Tiada hari yang lebih disukai oleh Allah untuk kita beribadat padanya dari 10 hari dr Zulhijjah, menyamai puasa di setiap harinya dengan puasa selama setahun, dan menyamai qiamullail pada setiap malamnya dengan qiam lailatul qadr. )) – hadis riwayat at-tirmidzi dan ibnu majah dan al-Baihaqi.
So, to all my brethren, lets not take this for granted !!
Sumber: Kutaib Fadhail al-asyr min zilhijjah wa ahkam al-adhhiah [Muhamad Husin]
related topic recommended to be read:
Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah [inijalanku.wordpress.com]
Read more...

Sedikit lega selepas selesai membersihkan sedikit sebanyak sawang-sawang pada laman sesawang (baca:website) ni. Harapnye lepas ni xde lg lelabah yg sempat buat sesawang pada nye…
Bagi sahabat2 yg belum terima berita, Alhamdulillah diri ni sekarang dh berpunya, selamat diijab qabulkan dengan pasangan tercinta, Nurul Fahimah bt Muda. 25hb6 menjadi saksi bertautnya dua jiwa, insyaAllah atas kitabullah dan sunnah Rasul yg mulia.
Walaupun dah agak terlambat, jutaan dan ribuan penghargaan buat sahabat2, teman2, ikhwah2 yang bertungkus lumus pada majlis akad hr tu. Jasa dan penat lelah antum, Allah jua yg dapat membalasnye dgn kebaikan-kebaikan di sini dan di sana. Juga pada tetamu yg dtg turut sama menyeri, terima kasih dan doa antum sentiasa kami harapkan untuk terus melangkah.
Pada kedua-dua keluarga tercinta, juga terima kasih atas kepercayaan yg diberi untuk kami melangkah berdua. Restu dan doa antum semoga memantapkan lagi langkah2 ini.
Terkini, kami sekarang tinggal di Masakin Uthman, Mandarah, Iskandariah. Pada sahabat2 yg berkesempatan, jemput la dtg berziarah.
Setakat ini dulu. Asyrikna fi duaikum daiman.. Sertakan kami dlm doa antum selalu.
Ni sedikit gmbr pd majlis akad, bg sahabat2 yg xberkesempatan bersama…

Read more...

at last! it takes me very long to upload this video , but im quite sure that its not too late. Anyway, Alfoun mabrouk for your lovely wedding - seconds step towards khilafah.. May Allah's bless and guidance always be with you both, and may Allah shower His blessings on you and place goodness between both of you. last thing..permision is requested for this video to be uploaded, izinkan yer, :).
This 'sendiri-bikin' video was officially released during the wedding!
More lovely picture CLICK HERE
Read more...

Arakian bermulanya ceritera akan seekor anak singa baru lahir ke dunia. Lahir pula dari keturunan sang singa perkasa, golongan bangsawan dari puak singa-singa. Kelahiran si anak singa cukup mengembirakan si singa perkasa, mahu saja dijunjung si anak singa ke mana-mana. Namun, si anak singa, kerana mentahnya usia tidak merasa beza dia berbanding binatang lain adanya.
Pagi hening itu merubah segala. Si anak singa bersama-sama sang singa perkasa dan puak singa-singa lainnya berjalan-jalan sekitar belantara. Sedang berjalan itu, si anak singa ternampak kelibat sang rama-rama. Terdorong rasa kagum akan keindahan warni-warna sang rama-rama, lantas diekor tanpa diketahui sang singa perkasa.
Kerana asyiknya akan keindahan sang rama-rama, si anak singa tersesat jauh dari puak singa-singa. Gundah gelisahlah hati si anak singa bersendirian di tengah belantara. Terus diikut kaki berjalan sehingga sampailah ia pada puak rusa-rusa. Kerana belum mengenal mangsa dan pemangsa, pergilah si anak singa mengadu nasib pada ketua puak rusa-rusa.
Melihat ia tiada bahaya, teringin pula mahu diperguna si anak singa, ketua puak rusa-rusa berkenan menumpangkan si anak singa bersama puaknya. Maka hiduplah si anak singa kehidupan sang rusa. Tidur ia seperti tidur si rusa, makan ia seperti makan si rusa bahkan mengaum pun sudah dilupa bagaimana.
Demikianlah adanya keadaan si anak singa bersama puak rusa-rusa. Dek kerana lainnya ia berbanding anak-anak sang rusa, maka selalulah ia diejek, bahkan sering juga tanduk2 sang rusa singgah di perutnya. Mau dilawan, tiadalah pula si anak singa tahu akan caranya. Maka, selalu jugalah si anak singa berangan punya tanduk seperti sang rusa. Nanti tidaklah ia terus diejek dan dihina. Dan tidaklah ia tahu, taring dan kukunya bisa menawan seluruh puak rusa, bahkan ngaumannya sahaja bisa mencemperakan mereka- dek terbiasa hidup di kalangan rusa-rusa.
Begitulahlah berlalunya hari-hari si anak singa, sehingga suatu petang, si anak singa merajuk membawa diri kerana tidak tahan dengan ejekan puak rusa-rusa. Dan sedang asyik mengenang nasib, terserempak ia dengan puak singa-singa – kaum kerabat yang ditinggal lama. Gembira dengan kepulangan si anak singa, sang singa perkasa mengaum kuat mengkhabarkan kepada alam dan seluruh isinya. Si anak singa yang terlalu lama bersama puak rusa-rusa, lemah lutut mendengar ngauman si bapa. Cuba lari, tidaklah ia mampu hatta berbicara. Maka, terjelepoklah si anak singa di tengah-tengah puak singa-singa.
Berhari-hari jugalah sang singa perkasa bermati akal cuba mengembalikan jiwa raja belantara di hati si anak singa. Berdikit-dikit, si anak singa mula mengenal taring dan kukunya, sehinggalah ia cuba meniru ngauman sang singa perkasa. Penutup alkisahnya, kembalilah si anak singa berjiwa raja di belantara, tiadalah ia masih berangan mahukan tanduk sang rusa, kerana apa yang ada padanya sudah cukup meninggikan izzah sang raja.
*** TAMAT ***
ULASAN CERITA:
Suatu cerpen menggambarkan masalah krisis identiti yang dihadapi sebahagian generasi baru Islam.
SI ANAK SINGA simbolik pada sebahagian pemuda-pemudi Islam sekarang. Secara halus, dikisahkan bagaimana generasi baru umat dihanyutkan dengan pelbagai budaya yang jelas bertentangan dengan Islam yang digambarkan dengan PUAK RUSA-RUSA yang lemah.
Bermula hanya kerana terlalu inginkan hiburan dan tertarik dengan nikmat dunia yang sementara yang dibayangkan pada watak SANG RAMA-RAMA, generasi baru umat terus terbuai dengan budaya bukan Islam, sehinggakan generasi ini tercari-cari kemuliaan selain kemuliaan Islam, ini jelas dilihat pada plot bagaimana SI ANAK SINGA mengimpikan tanduk sang rusa. Hakikatnya, kemuliaan dan kehebatan yang dicari itu ada pada Islam itu sendiri, namun kerana telah terlalu lama dalam suasana jahiliyah membutakan mata sebahagian generasi baru Islam untuk melihat kemuliaan yang sebenar. Firman Allah dalam surah aali-Imraan:
85. dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
Dan untuk kita kembali kepada Islam, perlunya kita pada sahabat-sahabat atau suatu komuniti yang Islamik membantu kita kembali memahami Islam dan meninggalkan maksiat seperti yang tergambar dalam plot sekembalinya SI ANAK SINGA pada kawanan singa. Dan SANG SINGA PERKASA gambaran si murabbi atau inidividu pendidik yang sebenar merupakan elemen yang amat penting dalam kita berusaha kembali kepada fitrah Islam yang suci.
SI ANAK SINGA yang pada awal kepulangannya kepada kawanan singa diceritakan sangat terkejut dan takut, menggambarkan individu yang ingin kembali pada Islam setelah sekian lama dalam suasana jahiliyah akan merasai suatu kejutan dan cukup susah pada awalnya untuk menerima fitrah agama yang suci kerana hatinya ditutup dengan titik-titik hitam lantaran maksiat yang dilakukan sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW:
Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w, dia bersabda : "Sesungguhnya seseorang hamba itu bila melakukan satu dosa, dititik pada hatinya satu titik hitam. Jika dia bertaubat, berhenti dan meminta ampun, dihilangkan (titik hitam) dari hatinya. Dan jika dia kembali (melakukannya) bertambahlah (titik hitam) hingga mengalahkan hatinya. (Tuhfah al-Ahwazi jilid 1 m/s 32) .
Maka, istiqamahlah dalam setiap perubahan ke arah kebaikan walaupun pada awalnya kita merasakan cukup sukar untuk meninggalkan amalan maksiat yang sekian lama kita bergelumang di dalamnya. Dan yakinlah, kemuliaan sebenar itu adalah pada benarnya kamu pada iman & islam lewat firman Allah lagi dalam surah aali-Imraan:
139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
Semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berubah kepada yang lebih baik.
Read more...






